Terima Kasih, Malaysia
Saya nak ucapkan terima kasih kepada pemandu yang berhenti di laluan pejalan kaki apabila ada orang nak melintas.

Terima kasih kepada mereka yang memandu perlahan dan berhati-hati dalam kawasan hospital.

Terima kasih kepada mereka yang tunggu orang lain keluar daripada lif sebelum memasukinya.

Terima kasih kepada mereka yang tidak merokok di tempat awam.

Terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa bersopan santun ketika berurus iaga.

Terima kasih juga kepada juruwang dan penjaga kedai yang sentiasa tersenyum.

Terima kasih kepada peniaga yang jujur.

Terima kasih kepada jururawat di hospital yang menukarkan lampin orang sakit walaupun itu bukan tugas hakiki mereka.

Terima kasih kepada penolong pegawai perubatan yang menjalankan tugas dengan ceria.

Terima kasih kepada pesakit-pesakit yang memberitahu tentang ketidakpuasan hati mereka kepada orang yang bertanggungjawab, bukan menyebarkan gambar-gambar dan kata-kata kesat di media sosial.

Terima kasih kepada penunggang motosikal yang bersabar, tidak ‘honk’ kereta yang hanya pasang signal.

Terima kasih kepada pemandu kereta yang tahu pasang signal apabila nak tukar lorong.

Terima kasih kepada pemandu-pemandu kereta yang mengekalkan jarak yang selamat antara kereta masing-masing.

Terima kasih kepada tukang jahit yang menjahit pakaian ikut permintaan pelanggan, bukan ikut citarasa diri sendiri yang jauh berbeza.

Terima kasih kepada mereka yang tidak membuang sampah merata-rata.

Terima kasih sebab membenarkan anak supaya diberi suntikan vaccine.

Terima kasih kepada mereka yang tidak menyebarkan perkara-perkara bohong dan kata-kata kesat di media sosial.

Terima kasih kepada mereka yang bertanya kepada yang pakar apabila terdapat kemusykilan.

Tahniah kepada mereka yang pakar dan mengekalkan rasa hormat orang lain, dan tidak menyebabkan orang lari daripada mereka.

Terima kasih kepada mana-mana pemimpin yang jujur dan amanah – sesuatu yang sangatlah jarang kita jumpa pada zaman ini, walau apa parti politik mereka sekalipun.

Terima kasih kepada mereka yang hidup sederhana walaupun mampu berlebih-lebihan, kerana mereka telah menjaga alam sekitar daripada diratah ketamakan.

Terima kasih kepada mereka yang tidak buruk sangka kepada orang lain.

Terima kasih kerana menjadi ibu/bapa mertua yang bersabar dengan kerenah menantu yang baru belajar nak jadi isteri/suami, dan tidak mengata2 di belakang, sebaliknya menegur di depan dengan baik.

Terima kasih kepada keluarga mertua yang menerima menantu seperti anak/adik beradik sendiri.

Terima kasih kepada menantu yang ceria dan rajin.

Tahniah kepada manusia yang bersopan-santun dan lemah lembut.

Terima kasih kerana hanya bercakap yang baik tentang orang yang telah meninggal dunia.

Terima kasih kerana berdiam diri apabila tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan.
Terima kasih atas kebaikan kalian.
Mari jadikan negara kita tempat yang lebih ceria dan memudahkan hidup orang lain.

Advertisements