Dulu masa sekolah taknak belajar fizik
Katanya susah, tak mampu
Sekarang bukan main kuat bercakap soal satelit, soal ultrasound, soal radar.
“Kalau iPhone hilang pun boleh cari, kenapa kapal terbang yang besar tu tak boleh jumpa?” katanya.

Dulu masuk kolej taknak belajar geografi
Sekarang beriya-iya bercerita soal kedalaman Lautan Hindi, macam senang sangat nak cari barang hilang dalam tu.

Dulu masa masuk U, nak pilih jurusan senang, kelas seminggu dua kali, lepas tu tak payah berjaga malam untuk study, boleh lepak.
Sekarang bukan main melawan kata-kata doktor yang dah belajar bertahun-tahun, siang malam bertungkus lumus, sambil bekerja pun masih ada exam.
Macamlah semua penyakit boleh sembuh dengan satu dua ubat je.

Dulu bukan main lagi minta biasiswa kerajaan, nak belajar perubatan kat luar negeri.
Lepas tu taknak kerja kat Malaysia, sistem tak bagus, katanya.
Bila akhirnya balik Malaysia, merendah-rendahkan hospital kerajaan, katanya sistem kesihatan Malaysia tak bagus.
Sedangkan tak pernah jejak kaki untuk berkhidmat kepada orang miskin di hospital kerajaan. Macam mana boleh tahu apa yang berlaku kalau tak pernah masuk pun? Setakat jadi pemerhati sekali sekala, boleh menilai ke?

Dulu masa lepas SPM, pilih belajar akaun, belajar psikologi.
Taknak pergi belajar agama kat Mesir.
Tiba-tiba bila ustaz salah cakap, tahu pula tegur secara terbuka.
Eh, ustaz tu salah cakap ke?
Macam senang je berguru dengan alim ulama di Mesir tu ye?

Dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak buka Quran. Nak tahu pasal Islam, cuma buka CNN, Aljazeera dengan WikiIslam.
Lepas tu nak kata Islam ajar keganasan, kongkong perempuan.
Pandang dan sentih Quran pun tak pernah, tapi macam arif sangat tentang ajaran Islam.

Orang sibuk-sibuk kata Nabi Muhammad SAW pengganas, kaki perempuan.
Tapi tak pernah pun baca buku tentang sejarah nabi, tak pernah ambil tahu pun tentang hidup Baginda yang aman damai tu.
Bila berkata-kata bukan main lagi memfitnah, cuba tunjuk sikit sifat kemanusiaan “semulajadi” yang baik tu. Ada macam Nabi Muhammad SAW?
I doubt it.

* * *

Marilah kita belajar betul-betul.
Cari informasi dari sumber yang sahih, yang asli, bukan internet, bukan TV.
Menuntut ilmu daripada guru yang bertauliah.
Bertanyalah kepada yang pakar. Tak perlu menuding jari semata-mata sebab “dah pernah baca di internet”, atau sebab “kat Amerika diorang buat macam tu.”

Tolonglah hormati mereka yang pakar, yang berilmu.
Menuntut ilmu dan pengalaman bukan mudah.
Bermandi peluh, air mata, kadangkala darah.
Bersengkang mata, berjalan jauh, berbelanja ribuan ringgit.
Mencari guru terbaik.
Kalau tak pasti, tanyalah dengan berhemah. Memang tak salah bertanya.

Hormatilah ilmu orang lain.
Kalau kita tahu sikit, mesti ada orang tahu lebih banyak.

Tanda orang yang berilmu adalah menghormati orang lain yang mempunyai ilmu yang lain, sebab mereka faham cabaran menuntut ilmu dan pengalaman.

Advertisements