Written on 25th January 2011 @ 1758hrs

Sebenarnya seronok duduk rumah sendiri bila dah kerja ni.
Lagi-lagi ditambah dengan housemate yang happening.

Balik kerja boleh main masak-masak.
Kalau rasa nak diet, boleh makan roti sahaja.
Buat senaman ikut video aerobic dalam bilik.
Ataupun balik terus tidur sebab keletihan.

Kalau aku tak payah simpan duit untuk study, boleh beli perabot macam-macam.
Boleh masak macam-macam, panggil kawan-kawan dan saudara mara makan.
Tapi sebab nak bayar exam fees, aku pun kena bersederhana.
Kalau tak pun, lebih baik bersederhana sebab kena jugak simpan duit sikit untuk kecemasan.

Sebab kena study, tak bolehla nak masak gourmet dish.
Bila tengok TV teringin nak buat makanan yang Anna Olsen masak.
Atau makanan Cina/Melayu yang kompleks sikit.

Bila difikir-fikirkan balik, sebenarnya kalau tak study, aku tak tahu nak buat apa dengan hidup aku.
Bukannya ada suami nak ditatang bagai minyak yang penuh.
Ataupun anak-anak yang nak dimanjakan.
Kalau tak study, mana arah tuju, aku pun tak tahu.
Dan kerana itu aku berterima kasih kepada “kapak” aku dulu sebab paksa aku berlajar.

Bila fikir balik, kalau aku tak study, mungkin aku tinggal dengan mak ayah kat kampung.
Cuma sebab jalan asyik jam je, aku pun pindah supaya duduk dekat dgn tempat kerja. Balik rumah tak letih sangat, boleh tumpukan perhatian lebih.
Kalau aku di kampung, banyak je benda aku boleh buat.
Kacau adik-adik (yang moody dan yang happy), picit kaki mak, borak dengan ayah, lepak rumah jiran (baca: makcik)..macam-macam jugak.

Dah jauh aku tersasar.
Sebenarnya aku nak cerita pasal rumah.
Tapi sekarang, nampaknya hidup aku berkisar kepada belajar/kerja je kan?
Mungkin lebih baik daripada saban hari menghabiskan masa cari hiburan.

Memang best sebenarnya duduk rumah sendiri bila dah kerja, walaupun rumah sewa.
Boleh study dengan agak aman walaupun sedih sebab kena berjimat-cermat lebih daripada biasa.
Tapi hidup ni penuh makna.

Hujung minggu, balik kampung.

Advertisements