Written on 24th January 2011 @ 1744hrs

Dalam kereta tengah jam sempat berangan sambil nyanyi lagu Siti Nurhaliza sambil tulis blog.

Tujuh minit.

Dulu pernah fikir, dah jadi specialist nanti nak tukar kereta apa?
Tau kata belilah Audi.
Aku fikir, personaliti aku memang macam Audi A4 sikit.

Lepas tu dia kata, BMW pun tak mahal dah sekarang ni.
Tapi, aku fikir2, aku ni kan humble. Taknakla kereta besar sangat, nanti riak.

Jadi baru-baru ni aku fikir, mungkin kereta Toyota yang “rendah diri” (humble) untuk menggantikan Saga aku yang, masa tu, mungkin dah lebih 3 tahun.
Tak pakai banyak minyak.
Tak rasa macam banyak duit.
Boleh beli satu lagi kereta untuk mak dengan duit lebih tu.

Ni semua sebab aku nampak kereta peugeot depan aku.
Haha.
* * *
Tambahan selepas sampai tempat letak kereta rumah aku:

Ni konon-konon tulis gaya Redza Minhat bila dia tulis blog dia dalam Bahasa Melayu. Ini semua sebab baru tahu yang aku terlepas forum dia kat KL Pac semalam. Kecewa! 😦

Advertisements