Monday, November 1st 2010. 2037hrs.

 

Mungkin orang lain tak lupa. Tapi kadang-kadang saya lupa.

 

Hmmm…selalu jugak lupa sebenarnya.

 

Tiap-tiap hari kita doa lepas solat. Sebelum makan. Selepas makan. Keluar rumah. Macam-macam lagi.

Ada bahasa Arab. Ada bahasa Melayu. Cara masing-masing.

 

Banyak buku-buku doa diterbitkan.

 

Kita pula zaman sekarang ni macam-macam dugaan. Macam-macam kehendak. Ada kehendak yang berpatutan dan ada juga yang tak masuk akal.

 

Tapi selalu juga kita lupa, bahawa doa adalah antara perkara yang paling penting dalam mencapai perkara yang dihajati.

 

Lupa untuk mendoakan untuk kesihatan diri sendiri.

 

Lupa nak doa supaya badan lebih langsing dengan cara yang betul, boleh disiplinkan diri untuk makan makanan yang seimbang dan bersenam selalu. Bukannya kurus dengan jalan sakit atau tekanan perasaan.

 

Lupa untuk berdoa supaya harta kita dijaga – di rumah, di tempat kerja; kereta, TV, laptop, handphone.

 

Lupa juga untuk berdoa supaya harta yang kita cari itu diberkati.

 

Lupa untuk berdoa supaya kita dikuatkan tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh, supaya, dengan izin-Nya, pendapatan kita itu adalah pendapatan yang halal sepenuhnya.

 

Lupa untuk mendoakan kejayaan dalam peperiksaan, diri sendiri dan rakan-rakan.

 

Lupa untuk berdoa supaya pesakit-pesakit kita cepat sembuh.

 

Lupa untuk berdoa supaya Allah tunjukkan jalan macam mana nak rawat pesakit. Atau macam mana nak bina bangunan. Dapatkan kontrak.

 

Lupa untuk berdoa supaya kita dikuatkan iman, ditabahkan hati, menjadi orang yang lebih sabar dan bersyukur.

 

Lupa untuk berdoa supaya jadi kaya-raya. Tak salah kalau nak jadi kaya-raya. Boleh tolong lebih ramai orang.

 

Lupa untuk berdoa supaya anak-anak kita dijaga dengan baik oleh pengasuh.

 

Lupa untuk berdoa supaya anak-anak tak keras kepala. Kalau mengeluh saja sampai bila pun tak ke mana.

 

Lupa untuk berdoa supaya orang yang berlaku zalim kepada kita akan diberi petunjuk.

Lupa untuk halalkan makanan yang dicuri – kalau kita haramkan, lagi jahatlah orang tu. Baik kita doakan supaya orang tu mendapat cahaya.

Lupa untuk berdoa supaya pemimpin-pemimpin kita tak makan rasuah. Kalau asyik mengata saja, kita pun berdosa, mereka pun tak ke mana. Cubalah berdoa, mana tahu mereka jadi baik nanti.

 

Lupa untuk berdoa untuk jodoh yang baik. Handsome dan kaya. Cool dan sporting giler. Personaliti yang tak bosan. Mak mertua yang best. Selalu lupa yang tu.

 

Lupa untuk berdoa supaya kita dimatikan dalam keadaan yang beriman. Asyik ingat dunia je.

 

Lupa untuk berdoa supaya rumahtangga mak ayah kita bahagia.

 

Lupa untuk berdoa supaya adik-beradik kita takkan bergaduh-gaduh. Supaya sepupu kita, anak cucu semua bersatu dalam susah dan senang.

 

Macam-macam lupa. Ni pun ada je lagi yang lupa.

 

Oh, ye…..dan lupa berdoa untuk orang lain di sekeliling kita.

 

Maka marilah kita berdoa.

Lepas solat, lepas makan, sebelum makan, sebelum tidur.

Banyak betul benda kita nak doakan ni. Sempat tak? Takpe, dalam kereta on the way pergi kerja pun boleh. Sambil2 set branula patient pun boleh doa (Ya Allah, tolonglah pesakit ini. Tolonglah aku cucuk sekaliiiii saja. Kasihanilah kami, Ya Allah. Ampunkan dosa kami). Kalau tengah2 CME yang bosan pun boleh berdoa. Tak boleh tidur malam pun terkebil2 lah doa.

Tak payah angkat tangan pun, Allah tetap dekat dengan kita. Di mana-mana.

 

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, dan rakan-rakan serta keluarga tersayang.  🙂

 

* * *

 

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost

That you’re so alone

All you see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You can`t see which way to go

 

Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

 

Insya Allah, insya Allah

Insya Allah you`ll find your way

 

Everytime you can make one more mistake

You feel you can`t repent

And that its way too late

Your`re so confused,wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame

 

Turn to Allah

He’s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

Ya Allah, guide my steps, don’t let me go astray

You’re the only one that showed me the way

 

Advertisements