Written on 30th April 2010, 0122hrs.

“Apa kau tidak mahu mendengar kata-kataku dahulu?” tanya Kencana.

“Bukan kau tidak tahu, aku tak pernah mendengar kata-katamu?” sindir Nian.

Kencana terdiam sejenak.

“Apa lagi yang kau mahu, Kencana? Dahulu kau tidak mahu langsung memandang wajahku. Kini apa pula hendakmu?” tanya Nian.

“Bagaimana harus aku melupakanmu, Nian. Setiap jejakmu dulu, aku berada di situ. Aku pandang ke kiri, aku pandang ke kanan, bayangmu menjelma di mata.”

Nian diam.

“Aku tidak sanggup memikirkan yang kau tiada lagi di sisiku…”

“Bukankah dahulu kau yang tidak sabar – sabar?” Suara Nian mula meninggi.

“Tapi itu bukan kehendakku, Nian…”

“Ah, bukankah dahulu kau yang katakan kehendaknya kehendakmu jua?”

Kencana pula tidak dapat berkata-kata.

“Benar, bukan?”

Kencana masih lagi membisu.

“Maka jika kau percaya dengan menuruti kehendaknya kau akan bahagia, kenapa kau cari aku lagi?”

“Nian, bukan setakat aku tidak sanggup memikirkan, aku juga tak sanggup berkata…”

“Apa dia?” celah Nian, hampir-hampir bertempik. “Kau tidak sanggup mengatakan bahawa aku tidak lagi bersamamu?”

“Kalau aku katakan, aku cuma akan menconteng arang…”

“Dahulu tidakkah kau fikirkan semua itu, Kencana? Sepurnama kau bersendiri, kau masih tidak sampai ke situ? Ke mana pantasnya akalmu, Kencana?” tanya Nian bertalu-talu.

“Aku sekadar mengikut…”

“Sebetulnya patut aku yang malu. Aku, Kencana. Bukan kau. Mengapa kau perlu berdusta?”

Kencana mungkam.

“Pergilah, engkau, Kencana. Pergilah engkau dengan bayang-bayangmu sekali. Aku sekarang mencari Graha, aku tak perlukan kau, Kencana.”

Kencana pun berlalu, tunduk sepertimana dia tunduk setahun lalu.

* * *

You wish!!!

* * *

Kalau nak gugur, gugurlah nangka,
Jangan ditimpa si daun pauh;
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh.

This is why Maria cannot stay up too late.

Advertisements