Satu pihak kata yang satu lagi tiada sahsiah.

Satu lagi pihak kata balik yang dia pun sama tiada integriti.

Lepas tu dua-dua kata tak baik mengata orang lain, cermin diri sendiri.

Tapi bila cermin diri sendiri, masing-masing nampak kebesaran dan kehebatan diri sendiri, lalu menghebahkannya kepada orang lain. Dengan gambaran yang lebih besar daripada realiti.

Maka aku pun berhenti membaca akhbar.

Sebab jalan kampung aku masih berlubang-lubang. Banyak dan dalam.

Sekolah menengah yang dijanjikan sejak 15 tahun lalu masih belum didirikan. Sedangkan tiga sekolah yang ada sekarang menampung lebih daripada 10,000 remaja.

Kerajaan baru, kerajaan lama. Sama saja.

Pada masa depan aku tak tahu nak pangkah mana. Sebab sudah terbukti dua-dua pun sama saja.

Sebab jalan kampung aku masih berlubang-lubang.

* * *

Dulu pakcik aku pernah berkata dalam ucapannya.

“Siakap senohong, gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama jadi menteri.”

Selepas itu dia sudah tidak bertugas sebagai naib canselor.
Sebab dia yang bercakap benar.

Ha ha ha

Advertisements