Dalam cerita P Ramlee, Saloma kata, “Merapik.”

Nak dipendekkan cerita…

Memang belajar berkumpulan banyak faedahnya. Selalu Dato’ suruh belajar dengan kawan-kawan tapi aku buat MCQ selama ni sorang-sorang. Tadi petang buat MCQ dengan Farah rasa lebih banyak pulak boleh ingat dan faham. Takpe, perjalanan masih panjang. Banyak yang kami boleh belajar sama-sama. Aku medical, dia anaesthesia. Ok la tu. Boleh bertukar-tukar ilmu. Lebih kuat macam tu.

Kadangkala kita boleh faham sifat seseorang lelaki itu melalui usaha kerasnya untuk mencapai kejayaan. Ada kalanya kita juga boleh mendalami sifat sebenarnya menerusi caranya menghadapi kegagalan dalam hidupnya. Mungkin itu lebih tepat.

Aku berlari dan berlari dan berlari mengejar apa pun aku tak tahu. Aku letih dan aku terpinga-pinga, aku gelisah dan tidak dapat mendalami masa dan diriku sendiri. Tiba masa aku putuskan untuk tidak lagi mengejar bayang-bayang, maka jasad pun muncul di depan mata. Betul kata-kata Seng Beng. Aku katakan dulu, bayang-bayang semakin dikejar, makin dia berlari. Seng Beng kata, bila kita berhenti, dia pun berhenti. Apabila dia berhenti, baru boleh tangkap.

Macam-macam tujuan dan cita-cita nak dicapai dalam satu masa. Terlalu banyak sampai terasa satu pun tak tercapai. Mungkin memang tak boleh capai semua pada masa yang sama. Tetapi kalau selesaikan satu demi satu matlamat itu, kemungkinan berjaya itu lebih besar. Yang pentingnya dapat menilai yang mana satu yang paling utama untuk dicapai.

Matlamat utama malam ini adalah untuk mendapat rehat secukupnya. Esok adalah hari belajar yang panjang. Itu matlamat utama hari esok.

Selamat berehat dan bersosial kepada semua yang masih belum mahu tidur.

Advertisements